logo-micron

Add Bookmark(s)


To:

Email


Bookmark(s) shared successfully!

Please provide at least one email address.

Microchip background

Produk

DRAM

DRAM

Mempercepatkan masa untuk memasarkan produk anda dengan komponen DRAM yang berkualiti—diuji dengan lasak untuk pelbagai aplikasi—daripada suhu dan keperluan prestasi aplikasi industri dan automotif yang melampau kepada spesifikasi sistem perusahaan yang sangat berat tuntutannya, kami mempunyai penyelesaian yang tepat untuk reka bentuk anda.

DRAM modules

Modul DRAM

Mempercepatkan masa untuk memasarkan produk anda dengan modul DRAM yang berkualiti—diuji dengan lasak untuk pelbagai aplikasi--daripada suhu dan keperluan prestasi aplikasi industri yang melampau kepada spesifikasi sistem perusahaan yang sangat berat tuntutannya, kami mempunyai penyelesaian yang tepat untuk reka bentuk anda.

NAND flash

Flash NAND

Inovasi kami yang sedang berlangsung di dalam proses dan reka bentuk terus memacu pembangunan Flash dan ini terbukti dengan pengenalan teknologi canggih yang berterusan. Kami menawarkan pelbagai portfolio produk dengan ciri-ciri, kefungsian dan prestasi yang berbeza.

Managed NAND

NAND Terurus

Pembetulan ralat dan keperluan pengurusan data Flash NAND yang semakin kompleks boleh menjadi cabaran kepada pereka peranti terbenam. Peranti kami yang terurus sepenuhnya seperti eMMC, UFS dan SSD membantu membuat peralihan teknologi yang hampir lancar dengan mengendalikan pengurusan media dan kod pembetulan ralat (ECC) secara dalaman. NAND terurus membebaskan pengawal hos bagi peningkatan kelajuan dan prestasi sistem—dan menjimatkan sumber penting yang sepatutnya disalurkan kepada pembangunan perkakasan dan perisian. Pakej standard kami juga memudahkan proses reka bentuk, membantu mengurangkan masa untuk memasarkannya.

microSD Family

Kad Memori

Sesuai untuk aplikasi misi kritikal yang memerlukan prestasi memori, kad SD dan microSD yang lebih mantap bagi menyampaikan kebolehpercayaan, kualiti, prestasi, keselamatan dan tahan lebih lama yang diperlukan bagi rakaman storan langsung dan aplikasi IoT industri yang lain.

SSD

Pemacu Berkeadaan Kukuh

Micron sedang mempercepatkan revolusi storan. Portfolio penyelesaian storan flash kami menyampaikan kepada pelanggan dengan pendekatan moden, lebih tangkas untuk cara mereka mengakses, menyimpan dan menguruskan data.

NOR flash

Flash NOR

Peranti flash NOR, boleh didapati dalam ketumpatan sehingga 2Gb, digunakan terutamanya untuk storan kod yang dipercayai (but, aplikasi, OS dan kod execute-in-place [XIP] dalam sistem terbenam) dan storan data kecil yang kerap berubah. Flash NOR menyediakan sistem dengan penyelesaian memori boleh but yang paling cepat, mudah dilaksanakan dan memerlukan pengurusan minimum yang berterusan kerana adanya struktur sel asas. Oleh kerana struktur sel tersebut, flash NOR sememangnya lebih dipercayai daripada penyelesaian yang lain.

hybrid memory cube

Kiub Memori Hibrid (Hybrid Memory Cube)

Apabila menggunakan HMC, anda boleh memindahkan data sehingga 15 kali lebih cepat daripada modul DDR3 dan menggunakan sehingga 70% kurang tenaga dan 90% kurang ruang daripada teknologi memori sedia ada. Antara muka abstrak HMC dan kebolehpercayaan, ketersediaan dan keupayaan kebolehkhidmatan (reliability, availability and serviceability - RAS) yang canggih mengurangkan kerumitan dan menyampaikan kebolehpercayaan yang lebih besar—membolehkan inovasi anda serta mengurangkan jumlah kos pemilikan anda seperti belum pernah berlaku sebelum ini.

Multichip Packages

Pakej Cip Pelbagai

Mendapatkan ciri-ciri dan fungsi kritikal bagi reka bentuk anda—termasuk prestasi tinggi, berkualiti tinggi, kecekapan kuasa, julat ketumpatan lebar, saiz pakej kecil dan julat suhu industri—daripada portfolio pakej cip pelbagai standard industri (MCP) kami yang luas.